Saturday, February 27, 2010

Salam Maulidur-Rasul S.A.W

Bismilallah ...

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt diizinkan dapat menikmati nikmat hidup dan kesihatan di bumi Allah swt lebih-lebih lagi Malaysia tanah tumpah darah air-ku.

Kesempatan yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Salam Maulidur-Rasul SAW bagi tahun 1431 Hijrah". Saya tidak berkesempatan untuk menyambut di UTMIC amnya khususnya di KSJ. Namun, hasrat dihati ingin menyambut juga seperti tahun-tahun sebelum-belumnya. Saya terpaksa pulang ke kampung oleh kerana masalah yang perlu disegerakan.

Sebagai seorang muslim, wajib bagi kita untuk menghayati dan perlu tahu sirah baginda Rasulullah saw yang dicintai dan dikagumi. Janglah jadikan cuti umum Malaysia ini hanya sekadar untuk berehat akan tetapi isikan dengan penghayatan Rasulullah sejak diputerakan sehingga wafat.

Sesungguhnya, bulan Rabiul-Awal ini adalah bulan yang bersejarah yang tidak boleh kita semua lupa. Bulan kelahiran manusia yang paling agung. Tidak boleh ditandingi dengan Jasad yang agung iaitu Muhammad S.AW Ibni Abdullah.

Marilah kita sama-sama mencontohi akhlak baginda seperti sifat siddiq, amanah,sabar,malu dan seumpamnya yang mencorak keperibadian yang unggul. Walaupun, kita tidak mampu untuk jadikan seperti baginda, tetapi kita cuba mencontohi sifat-sifat yang terpuji pada baginda.

Akhir kata, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Salam Maulidur-Rasul S.A.W bagi tahun 1431 kepada Para Felo & Pembantu Felo,Kediaman Siswa Jaya, Pengurusan KSJ,Pengawal Keselamatan dan Para Pelajar yang disayangi sekalian. Manfaat cuti ini dengan sebaik-baiknya.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian, kecuali orang-orang beriman & beramal soleh sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan",

Salam Maulidur-Rasul S.A.W
-Noh Muhamad Adlan Mohd Noh-

No comments:

Post a Comment