Friday, July 09, 2010

Minggu Transformasi UTM,International Campus 2010/2011

Assalamualaikum Wrt Wbt & Salam 1Malaysia

Terlebih dahulu, saya mohon maaf ekoran tidak dapat mengemaskini blogspot ini. Ini kerana masa tidak mengizinkan untuk berbuat sedemikian. Segala informasi & matlamat kemujuduan blogspot ini adalah salah satu hebahan informasi terkini yang boleh dikongsi selaku Pengetua, Kediaman Siswa Jaya.

Syukur kepada Allah swt, diberi peluang oleh Allah mengecapi nikmat keamanan dan kesihatan di bumi Malaysia ini. Minggu ini merupakan Minggu Transformasi UTM yang sebelum-sebelum ini dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa / Pelajar bagi pengambilan pelajar baru. Saya dengan ini mengucap salam tahniah kepada para pelajar baru yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia amnya khususnya International Campus sama ada peringkat Diploma mahu pun Ijazah Sarjana Muda. Sesungguhnya, bersyukurlah kepada Allah dengan peluang yang diberikan ini pergunakan dengan sebaik-baiknya bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian dalam diri.

Saya selaku Pengetua, Kediaman Siswa Jaya mengalu-alukan kedatangan para pelajar baru. Ini merupakan salah satu Kediaman pelajar selain daripada Kediaman Siswa Semarak. Lebih kurang 2000 pelajar yang menginap di Kediaman Siswa Jaya terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan 3 juga termasuk Master Degree dan Doktoral PhD dari dalam negara mahu pun luar negara.

Saya mengingatkan para pelajar sekalian, Kediaman Siswa Jaya mempunyai peraturan dan prosedur yang digariskan. Oleh itu, para pelajar diingatkan agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkaan. Sekiranya, anda disabitkan dengan kesalahan. Tindakan tegas akan diambil mengikut ketetapan undang-undang yang ditetapkan.

Selain daripada itu, sekiranya mempunyai sebarang masalah yang harus diselesaikan anda boleh berjumpa dengan felo-felo yang diblok masing-masing.

Akhir kata, saya sekali lagi mengalu-alukan kedatangan pelajar baru bagi sesi pengambilan Julai 2010/2011.

Sekian, terima kasih.

En Noh Muhamad Adlan Bin Mohd Noh
Pengetua
Kediaman Siswa Jaya